Majlis Graduasi ABM & CIDB Tech Wilayah Tengah 2023

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Timbalan Ketua Eksekutif 2 CIDB Malaysia, Sr Mohd Zaid Zakaria telah merasmikan Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia (ABM) & CIDB Tech Wilayah Tengah 2023 dan menyampaikan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP), Anugerah Pelatih Cemerlang, Sijil Penghargaan dan Anugerah Ikon TVET Pembinaan.

Pada majlis graduan ABM dan CIDB Tech Wilayah Tengah hari ini, seramai 120 pelatih diraikan. Mereka adalah 40% daripada 301 jumlah pelatih yang dilatih di ABM dan CIDB Tech Wilayah Tengah bagi tahun 2022.

Latihan yang dilaksanakan CIDB selaras dengan inisiatif kerajaan dalam memperkasa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

CIDB memberi tumpuan kepada tred-tred yang berimpak tinggi seperti, Chargeman, Operasi Kren, Gas Pipe Fitter, Kimpalan dan Pemasangan Perancah. Plumbing, scaffolding, crane operation. Tred berimpak tinggi adalah antara bidang yang mempunyai permintaan tenaga kerja yang paling tinggi dalam sektor pembinaan.

More news & updates